Flash Vortex

Sunday 4 December 2011

Bukan Mudah Menjadi Seorang Pendidik

Suatu masa dahulu, seringkali aku melihat begitu mudah menjadi seorang guru, cuti yang panjang, masa kerja yang singkat dan hanya perlu mengajar anak murid, itu adalah tanggapan diriku semasa masih di alam remaja. Bak kata pujangga “Rumput di halaman orang lain sentiasa tampak lebih hijau daripada rumput di halaman sendiri”, atas sebab itulah aku mempunyai anggapan tersebut, kerana aku hanya melihat daripada jauh, kelihatan semuanya indah belaka. Pada hakikatnya, kerjaya seorang guru ini tidak kurang kepayahannya, jika tiada kecekalan, pasti tidak akan berjaya untuk mengharungi pelbagai cabaran. Sejak aku diijabkabulkan dengan suamiku, aku mulai nampak tugas demi tugas yang perlu dilakukan oleh seorang guru, ternyata sangkaanku sebelum ini meleset, kerjaya seorang guru bukanlah semudah yang disangka.

Saturday 22 October 2011

SeLaMaT PaGi CikGu...

SELAMAT PAGI CIKGU!!!!!!itulah ucapan yang selalu di dengar oleh setiap guru sebelum memulakan sesi pembelajaran....hanya utk menceriakan hari anda...mari kita dengar lagu ini....

Friday 14 October 2011

Sajak Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)



Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.



Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;



Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;


Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...